Saya bukanlah ahli politik tegar, jadi pengetahuan dan bacaan saya ttg politik ni mungkin kurang tepat. Cuma, saya melihat media akhir akhir ini begitu mengambil berat Muktamar PAS. Jika tahun tahun yang lalu terutama sebelum 1998. Muktamar PAS tidak punya tempat utama dalam akhbar.
Atau mungkin juga ada berita Muktamar PAS sebelum ini, cuma saya yang terlepas pandang kerana isu yang dipaparkan di media utama, bukan isu yang nasional. Kali ini tumpuan yang diangkat oleh media, pada saya bukan isu utama dalam muktamar PAS, tetapi satu percubaan murah, mungkin melacurkan media. Isu kerajaan perpaduan, isu ulama vs Profesional. Bagi saya ia bukan perkara utama yang perlu dipolemikkan oleh Media. Bagi saya, tiada persaingan antara Puak Pro Anwar atau Erdogan, (dari mana istilah ini wujud, saay juga tidak pasti) dengan puak ulama. Cerita kerajaan perpaduan adalah lagu lama yang diputar semula oleh media pro BN. Ia lebih kepada cubaan menjerat ahli PAS agar terikut dengan muzik paluan BN Yang pasti Media Pro BN cuba menggambarkan wujudnya perpecahan dalam PAS, kononnya wujud pelbagai kem dalam PAS. Tetapi bagi kami, rakyat di bawah ulasan Timb Presiden PAS ini amatlah tepat "Kita jangan mudah terperangkap dengan permainan orang luar memporak- perandakan kita di dalam PAS,"
Jarang terjadi, Berita Perdana RTM memperuntukkan masa hampir 10 minit menyiarkan pandangan pimpina UMNO mengulas isu ini. BN melalui RTM cuba mempotretkan seolah olah PAS benar benar mahu bekerjasama dengan BN melalui apa yang disebut sebagai Kerajaan Perpaduan
Tetapi amat lucu kerana yang mengulas itu semunya dari UMNO sahaja, dan tiada dari PAS sendiri. Paling menarik bila Ahli Parlimen PAsir Salak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment