Wednesday, August 12, 2009

cukai Jalan

Mak datok..
Cukai Jalan motor aku mati bulan lepas, aku baru perasan hari ni
Cepat cepat aku nak hidupkan semula, bila aku call Takfaul, mrk kata dah naik
Sekarang ni premium/sumbangan takaful dah naik 200%
Ada sykt Insuran/Takaful yang tak nak berikan lagi khidmat insuran kepada kenderaan lebih 10 thn
Ni apa citer ni Gomen? cuba fikir, sku sblm ni bayar RM65.00 untuk insuran setahun skrg ni kena RM180.00.. tak giler ke tu
Wahai kerajaan yg kununya mendahulukan rakyat, sedar tak kami rakyat marhein ini cuma mampu guna motor....
Kalau dah insurannya smp mcm tu naiknya.. tak ke zalim tu?
kami rakyat di desa ni guna jalanraya bukannya sepanjang hari mcm org kota tu
Pastu kalau nak murah kena ke Pej Pos. nampaknya kerajaan ni dah nak memberi hak monopoli kpd Pos Malaysia ke? Siapa tokey besar Pos Malaysia tu? ECM Libra ke CIMB Group?
Habislah kornag agih agihkan harta negara ni sesama korang ye..

Sunday, June 7, 2009

KERAJAAN PERPADUAN

Saya bukanlah ahli politik tegar, jadi pengetahuan dan bacaan saya ttg politik ni mungkin kurang tepat. Cuma, saya melihat media akhir akhir ini begitu mengambil berat Muktamar PAS. Jika tahun tahun yang lalu terutama sebelum 1998. Muktamar PAS tidak punya tempat utama dalam akhbar.

Atau mungkin juga ada berita Muktamar PAS sebelum ini, cuma saya yang terlepas pandang kerana isu yang dipaparkan di media utama, bukan isu yang nasional.
Kali ini tumpuan yang diangkat oleh media, pada saya bukan isu utama dalam muktamar PAS, tetapi satu percubaan murah, mungkin melacurkan media. Isu kerajaan perpaduan, isu ulama vs Profesional. Bagi saya ia bukan perkara utama yang perlu dipolemikkan oleh Media. Bagi saya, tiada persaingan antara Puak Pro Anwar atau Erdogan, (dari mana istilah ini wujud, saay juga tidak pasti) dengan puak ulama. Cerita kerajaan perpaduan adalah lagu lama yang diputar semula oleh media pro BN. Ia lebih kepada cubaan menjerat ahli PAS agar terikut dengan muzik paluan BN Yang pasti Media Pro BN cuba menggambarkan wujudnya perpecahan dalam PAS, kononnya wujud pelbagai kem dalam PAS. Tetapi bagi kami, rakyat di bawah ulasan Timb Presiden PAS ini amatlah tepat "Kita jangan mudah terperangkap dengan permainan orang luar memporak- perandakan kita di dalam PAS,"

Jarang terjadi, Berita Perdana RTM memperuntukkan masa hampir 10 minit menyiarkan pandangan pimpina UMNO mengulas isu ini. BN melalui RTM cuba mempotretkan seolah olah PAS benar benar mahu bekerjasama dengan BN melalui apa yang disebut sebagai Kerajaan Perpaduan

Tetapi amat lucu kerana yang mengulas itu semunya dari UMNO sahaja, dan tiada dari PAS sendiri. Paling menarik bila Ahli Parlimen PAsir Salak

Sunday, May 17, 2009

SUNYI

Terlalu lama benar saya menyepi, bukan tiada isu, tetapi bosan dgn isu yang sentiasa membodohkan rakyat.

Ok, mula dgn minyak yg naik, lepas tu turun setelah rakyat hampir hampir menurunkan BN dari pemerintahannya....

Isu pemasangan tali pinggang keledar bagi penumpang belakang kereta.. dulu kata 1 Jan semua kena ada/pakai.
sekarang.. sunyi sepi sejuk beku...

Tak ke itu menyusahkan rakyat??? Tiada langsung kesinambungan dan memperlihatkan satu satu dasar yang diperkenal bukan krn ia perlu tetapi kerana agenda tertentu...
Menjadikan rakyat bosan...

Belum lagi cerita "Rampasan Kuasa" di Perak

ops!!!!!!!!!!!!! aku terlupa
Harga minyak turun lagi,, tapi ada tak rakyat perasan atau ulas...
betapa tidak popularnya kerajaan hari ini..

Lepas tu nak bodohkan rakyat lagi. kata harga minyak ni lagi rendah tp mutu lebih baik.. heran kan

Kalau lebih baik baguslah murah, tetapi kenapa minyak sekarang nak dinaikkan. kalau yg ada skrg ni tak bagus?

Adakah pembeli selepas ini jika minyak RON 97 ni tak bagus dan lebih mahal?

Petrol yg ada sekarang ni akan dinaikkan kpd RM2.00 mulai 01 Sept 2009, heran kan...

Nak naik bulan sept nanti, kenapa lancar skrg, nak tarik pengundi di Penanti ke? nak gula gula rakyat Perak ke?

Mesti alasan kita tak dpt kuatkuasa skrg sbb tak semua stesyen Petrol bersedia... jawaban standard...