Sudah hampir seminggu lebih akhbar perdana memainkan isu Pemangku Pengurus Besar PKNS yang YAB MB Selangor amanahkan kpd bukan Melayu, maka berbakul bakullah kritikan dihalakan ke arah beliau
Segala media yang ada dipergunakan untuk memperbodohkan rakyat dgn maklumat yang separuh benar
Secara jujur, saya mmg tidak pernah menyokong apa jua atas nama asabiayah,(perkauman). Kemudian media BN, RTM yang juga dibiayai oleh cukai rakyat tetapi digunakan untuk kempen BN shj, menyiarkan kenyataan separuh/sekerat TS MB untuk menimbulkan kemarahan rakyat melayu, disiarkan kenyataan TSMB yg kononnya memperlekeh ornag melayu.
Suratkhabar Utusan pula menyiarkan kenyataan DS Hadi Awang yang diputar belit. rujuk http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017674&Itemid=85
Saya tidak mahu terperangkap dalam polemik ini, apa yang saya ingin kongsi ialah KEMATANGAN BERPOLITIK
Saya cukup hairan kenapa BN tidak matang wp telah 50 thn memerintah, menggunakan wang rakyat untuk kepentingan BN. Begitu juga ketika sambutan hari Kebangsaan, amat pelik bila melihat hanya pemimpin BN berada di pentas utama. Adakah Merdeka itu milik BN saja?
kemudian arahan agar tidak membenarkan menggantung gambar TSMB di pejabat pejabat serta sekolah, cukup menghairankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment